Alhamdulillah, siap pun blog terbaru kami ni. Selamat Membaca

Friday, March 16, 2012

~PEMENANG AYU CONTEST ~

Setelah dinilai oleh MT Brotherhood  ..Nama-nama ini telah kami pilih sebagai pemegang tempat pertama dan kedua.Kami ucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang AYU CONTEST.Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada peserta-peserta lain yang turut menyertai AYU CONTEST.Terima kasih atas sokongan anda.


Di sini disertakan artikel-artikel pendek yang dikarang oleh pemenang-pemenang AYU CONTEST . .

TEMPAT PERTAMA:tini


Manisnya Hijrah Demi Islam Ku Cintai 


Asslamualaikum w.b.t..

  Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Pintu taubat sentiasa terbuka pada hamba-hambaNya.Hidayah yang Allah titipkan ke dalam hati membuat ana tersedar akan siapa ana yang sebenar dan matlamat ana dilahir ke dunia ini."tidak ku cipta manusia dan jin melainkan  beribadat kepada Ku".potongan ayat yang menyedarkan ana untuk beribadat kepada Allah..inilah matlamat ana sebenarnya.Kasih Allah pada hamba Nya membuat ana jatuh cinta padaNya.Tatkala ana terdengar tazkirah atau ceramah agama mengatakan tentang  pengampuanan Allah.ana menangis kerna malu akan dosa-dosa ana.Takut akan kekuasaanNYA mula bercambah bila potongan ayat ini di bicarakan"setiap makhluk yang hidup pasti merasai mati".MATI!!!Ya mati..ana takut..ana takut ana terlambat untuk mendapat keampuananNya.Kini,ana belajar dan mahu mengejar cinta Ilahi..Ana bersyukur dengan hidayah ini...ana berhijrah untuk mencari cinta Ilahi..
Bicara yang ingin dikongsi..
Dalam mencari cinta hakiki,akan ada duri yang menyengat hati
Dalam asyik mencari cinta aina rabbi,akan ada hati yang x sanggup lagi
Dalam jua badan yang lemah untuk berdiri mencari cinta Ilahi,akan ada yang rebah ke bumi
Sahabat,
mahu mengapai halawatul iman,
badan akan lelah,hati akan menangis kesakitan
Duri bagaikan tusukan pedang,
tapi itulah kehidupan dalam mencari cinta Ilahi

Sekian,wassalam.



TEMPAT KEDUA:deenna

MANISNYA HIJRAH UNTUK ISLAM YANG KUCINTAI

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri mengubahnya sangat sinonim dengan istilah hijrah iaitu berubah sikap menjadi yang lebih baik. Inilah pengalamanku dalam berhijrah untuk Islam yang sangat kucintai. Sebagai seorang pelajar yang sangat menitikberatkan penampilan diri, menyebabkan aku bersaing untuk memilih pakaian berjenama, memaksa aku berbelanja lebih daripada wang saku kononnya biar papa asal bergaya.Aku lupa akan pesanan ingat masa senangmu sebelum masa susahmu, ingat masa sihatmu sebelum masa sakitmu. Kesannya aku tidak mempunyai  simpanan untuk masa susahku. Malah aku tak mampu untuk membeli buku rujukan. Alhamdulillah, hijrahku bermula apabila aku dipindahkan ke sekolah agama selepas aku mendapat keputusan PMR. Almari pakaian yang penuh dengan kebaya ketat telah aku tukar kepada baju kurung longgar. Tudung singkat telah kulabuhkan untuk menutup dada. Bacaan Al-Quran yang hampir kulupakan kini sering kualunkan. Subhanallah, manisnya hijrah apabila kini aku memiliki ketenangan hati kerana tidak lagi menjadi hipokrit.


tahniah kami ucapkan kepada pemenang.

Brotherhood Final Push Up !

Alhamdulillah . . satu lagi aktiviti yg dijayakan berjalan dengan lancar . .


lihatlah sedutannya ..<3





breakfast time ! HEHE . .brotherhood members semangat dan ceria .  



taaruf bersama ahli kumpulan masing-masing .







beriadah sambil mengukuhkan ukhwah ~


~kepenatan tp enjoy~



game bola beracun bersama MT ~








~yang kalah dah kena bola racun~






Ini saja yg dpt dikongsikan bersama.. semoga memori dan jalinan ukhwah ini akan kekal selamanya . .


maju BROTHERHOOD~